Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi Dari Orang Asia
 
 
Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin,
Siapa
 yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun  menyerang 
Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun  ini 
macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang  yang
 pendek.
Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan 
seperti Genting  Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan 
Eropah besar dan  tinggi badan mereka.
Apabila kita belajar dalam
 ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika  dan Eropah ini mempunyai 
gen yang khusus yang menjadikan badan mereka  tinggi.
Pandangan
 dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana  ada 
perkataan “MENURUT SAINS”. Persoalan yang ingin saya kemukakan  disini 
ialah “Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan  Eropah 
ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya  
manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? “.
Setengah
 orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang  berzat 
seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam  orang 
Amerika!!
Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:
1.
 Hamba abdi yang diambil dari Afrika dulu kebanyakannya pendek  namun 
mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi  dan 
setanding dengan orang Amerika lainnya??
2. Sesiapa yang pernah 
pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya  pernah melihat orang Arab 
Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang  Amerika tetapi sebahagian 
mereka juga pendek macam orang Malaysia.  Begitu juga dengan orang 
Afrika yang sebahagiannya tinggi dan  sebahagiannya pendek??
3. 
Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan  
majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa 
 orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti  
orang Malaysia.
4. Ramai orang Benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
5. Ramai orang Indonesia yang bekerja di Malaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.
7.
 Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya  menghasilkan 
keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang  filem Cina di 
Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
8. Kini 
ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih  tinggi saiz
 badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu  kala.
9.
 Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun  
menghasilkan anak yang tinggi hingga 5? 11? atau lebih tinggi lagi.
Memadailah
 dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka  minda kita 
semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis  yang kita 
semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??
Saya 
amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru  yang 
akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga  saya 
begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila  
beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu  
banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai 
 mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.
Ilmu 
tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI  PRODUK 
GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK  
MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.
Saya memang begitu memahami 
tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan  mudah untuk menerima pendapat 
sesiapa walaupun guru saya sendiri dan  guru saya juga amat memahami 
hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses  bimbingan arwah guru saya 
terhadap saya amat halus.
Sebaik menerima ilmu ini saya mula 
berfikir. Saya mula melihat diri  saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu 
bapa dari keturunan jawa tulen. 8  orang adik beradik dan kesemuanya 
pendek belaka paling tinggi pun  sekadar 5? 4?. Namun Allah jadikan saya
 dengan ketinggian lebih dari 5?  11?. Kejadian Allah ada 
sunnatullahnya. Setelah mengkaji sejarah hidup  saya sewaktu kecil 
hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik  lain, maka saya 
akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya  berada di 
sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam  kelas.
Saya
 sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum  seperti 
kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak  dari 
kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun.  Ini 
adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar  
makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah  
memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang  
roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang  
saya makan dengan mentega buttercup. 
Pada peringkat inilah saya  
perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas.  
Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai  
seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula  
bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5?  
11? sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan  
dari produk gandum selain nasi.
Selepas mengkaji sejarah hidup 
saya, saya mula mengkaji sejarah  pelajar saya yang tinggi lampai bila 
ada kesempatan. Ia tepat sekali.  Kemudian saya mengkaji orang Benggali.
 Rupanya bangsa ini memang  menjadikan capati sebagai makanan ruji 
mereka. Padanlah orang Benggali  ini majoritinya tinggi kerana mereka 
banyak makan capati. Capati dibuat  dari tepung ata dan sebenarnya 
tepung ata adalah tepung gandum tulen dan  itulah sebabnya tepung ini 
berwarna keperangan iaitu warna sebenar  gandum sebagaimana warna 
spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa  kita beli memang 
mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah  sebab harganya murah
 dibandingkan dengan tepung ata.
Bila kita kaji orang Afghanistan
 pula, mereka makan makanan yang  sangat asas tanpa makanan mewah 
seperti kebanyakan orang di Malaysia  namun satu fakta pentingnya ialah 
ia makan roti gandum tulen yang  menjadi makanan rujinya. Dengan ini, 
ilmu yang disampaikan oleh arwah  guru saya ini adalah benar.
Bila
 kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak  tinggi 
macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka  
berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama 
 atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. 
 Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang 
Amerika.
Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong 
Kong juga sudah  berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai 
roti. Apabila ia  di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru 
Jepun dan Cina yang  tinggi.
Orang Cina di Tanah besar Cina serta
 orang Jepun secara tradisinya  memang menjadikan beras dan produk beras
 seperti beehoon, kueutiaw dan  sebagainya sebagai makanan utama mereka.
 Inilah faktor utama yang  menjadikan mereka pendek sebagaimana juga 
orang jawa di Indonesia dan  juga yang merantau ke Malaysia . Sekiranya 
kebiasaan ini dikekalkan,  insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek
 tetapi jikalau mereka mula  menukar selera dengan makanan produk 
gandum, insya-Allah generasi muda  mereka akan menyaingi ketinggian 
orang Amerika.
Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang 
Arab di Arab Saudi  ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan
 produk beras akan  pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum 
akan insya-Allah  tinggi.
Namun satu perkara penting perlu 
diingat ialah kadar pertambahan  tinggi perempuan adalah terhenti pada 
usia 15 – 17 tahun manakala bagi  lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun.
 Sebaik-baik usaha yang molek  untuk melahirkan anak yang tinggi ialah 
dengan memberikan makanan produk  gandum pada usia awal sehingga usia 
sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan  17 – 20 bagi lelaki. Makan produk 
gandum pada usia melewati usia-usia  ini tidak mendatangkan tambahan 
ketinggian.
alicyber: – kurang setuju penggunaan perkataan PENDEK, sepatutnya diganti dgn perkataan RENDAH.
- kalau info ni benar, ingat ayat2 terakhir tu. Jika umur anda dah 
terlajak, walau berguni2 gandum yg anda telan, atau berkilo2 roti anda 
makan, anda tak akan bertambah tinggi lagi, cuma mungkin perut anda yg 
akan bertambah besar…
- boleh dipraktikkan kpd anak2 atau adik2 kita. 10-20 tahun lagi, sila bagitau saya adakah ia berkesan.
-
 info yg boleh dipraktikkan juga dlm bidang sukan yg pentingkan saiz  
badan (macam bolasepak). Mungkin 10-20 tahun lagi, barulah skuad bola  
kita boleh pergi World Cup.
alkurawi.blogspot.com
 
No comments:
Post a Comment