Translate

Tuesday 29 October 2013

SUCCESSFUL MAN

What Did Albert Einstein, Steve Jobs And Mark Twain Have In Common!! Messy Desks!

Cuti Umum dan Takwin Persekolahan 2014

Berikut adalah senarai cuti umum atau hari kelepasan am 2014. Senarai cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2014. Ini agar memudahkan apa-apa aktiviti atau perancangan cuti yang ingin dibuat.

Imej :Onestopmalaysia.com
Di bawah pula adalah takwim persekolahan dan cuti penggal sekolah 2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Jumlah Hari Persekolahan termasuk cuti Am adalah 209 hari dan jumlah hari cuti penggal 81 hari.

KPM
Seterusnya takwim persekolahan dan cuti penggal sekolah bagi tahun 2014 bagi Kumpulan B yang terdiri sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

KPM
Semoga boleh menjadi rujukan untuk semua.

Rahsia Surah Al- Insyirah

1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. 

3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. 

4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 

5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak. 

6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. 

7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya. 

8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan. 

:: Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu: 

1. Sembahyang sunat dua rakaat. 

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah) 

3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya. 

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t. 

:: Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib. 

:: Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati. 

:: Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut. 

*Sumber dari ctss-siti.blogspot.com

Thursday 17 October 2013



Ahhh doa ini yang selalu di amalkan untuk para ibu bapa yang mahukan anak mereka cerdik dan pandai. InsyaALLAH ,kita berusaha dengan melalui doa selebihnya usaha dan minat anak itu sendiri.


Kehebatan Sebuah Doa Untuk Anak Menjadi Cerdik Dan Pintar

 
 
 




Doa Anak Cerdik Dan Dengar Kata..mari kita amalkan bersama InsyaAllah
إن شاء الله


TAMBAHAN:

4. Baca Surah Toha

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang
soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

atau

Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan paww.
akupenghibur.comda susu.

Wednesday 16 October 2013

15 TIPS bahagiakan IBU

Berikut adalah tip-tip untuk membahagiakan ibu:


 
1) Mentaati arahan mereka selagi tidak menyuruh melakukan maksiat.




2) Memberikan nafkah dan mencukupkan keperluan mereka.

3) Mengeratkan hubungan sesama ibu dan anak.

4) Mendahulukan kepentingan mereka.

5) Melakukan pengorbanan untuk mereka.

6) Bersegera menyahut penggilan mereka.

7) Bermanis muka di hadapan mereka.

8) Tidak mengatakan "ah" dan perkataan yang kasar kepada mereka.

9) Membalas jasa mereka.

10) Membawa mereka menunaikan haji di Makkah.

11) Meminta izin untuk memasuki kamar.

12) Sentiasa mendoakan.

13) Sentiasa bertanya khabar melalui telefon, surat atau perantaraan alam maya seperti e-mel.

14) Berdiri menyambut kedatangan mereka ketika bertandang ke rumah.

15) Memohon keredaan ibu bapa dan memohon maaf jika melakukan kesalahan.

Wallahu'alam.

Sumber: Gen-Q 19 (15 TIPS bahagiakan IBU).

10 perkara membawa ke syurga


Sedikit perkongsian untuk anda,anda,anda dan juga diri saya.

Antara 10 perkara yang harus dilakukan untuk membawa diri ke syurga. In Shaa Allah.

1) Menjaga solat 5 waktu sehari semalam terutama solat SUBUH dan ASAR dan solatlah di awal waktu jika tiada apa-apa halangan. Solat berjemaah di masjid amat digalakkan.

2) Sering kali mengambil wuduk dan sentiasa berada dalam keadaan itu,bukan sahaja ambil wuduk untuk solat semata-mata dan seeloknya membaca doa selepas mengambil wuduk.





3) Banyak membawa surah di dalam al-quran. Jika tidak mampu sekalipun seringlah baca surah al-ikhlas dan ayat qursi sudah memadai.

4) Berakhlak mulia dengan menjaga lidah dan juga kemaluan. Dalam erti kata lain jangan berpelakuan menyamai syaitan. Elakkan mengumpat serta memfitnah sesama sendiri umat Islam.



5) Banyak berpuasa sunat untuk mengantikan kekurangan semasa puasa wajib bulan ramadhan. Bulan rejab pun bakal tiba. Eloklah berpuasa sunat.

6) Sentiasa mentaati ibu bapa dan seeloknya berdoa untuk mereka siang dan malam sepertimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dahulu.

7) Berjihad di jalan Allah. Belajar juga adalah salah satu jihad. Belajarlah dengan bersungguh dengan niat kerana Allah taala.

8) Membuang secebis halangan di jalan yang mungkin akan menyebabkan kecelakaan di jalan raya.

9) Mengingati 99 nama Allah serta menghafalnya. Lebih baik kita mengetahui maksudnya dan beramal dengannya.

10) Memelihara anak yatim.

 
http://paankowt.blogspot.com/

Doa Nabi Untuk Elak Mudah Lupa

 

 

Rasulullah SAW pernah membaca doa ini apabila turun 10 ayat pertama surah al-Mukminun, iaitu: “Allahumma zidna wa la tanqusna wa akrimna wa-la tuhinna wa a’tina wa-la tahrimna wa aathirna wa-la tu’thir 'alayna wa-‘rdina wa ‘rda ‘anna.”

 
 
 
 
Ia bermaksud: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami dan jangan kami dihina. Berilah buat kami dan jangan ditahannya dan pilihlah kami dan jangan Engkau biarkan serta redailah kami dan redailah pula usaha kami.” (Ibnu Kathir, III: 237)

Doa ini digalakkan untuk dibaca sewaktu mendapat ilmu atau ketika cuba mengingatkan sesuatu ilmu sama ada yang susah atau senang.

Ia adalah doa supaya kita tidak lupa dan sentiasa ingat apa yang dipelajari demi mendapat manfaat.
harian metro/billyinfo

Sunday 13 October 2013

Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi Dari Orang Asia

grow taller satogrowth height growth increase naturally maximum growth hgh Mengapa Orang Eropah Lebih Tinggi Dari Orang Asia
Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin,
Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek.
Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.
Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi.

Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan “MENURUT SAINS”. Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah “Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? “.
Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!!
Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:
1. Hamba abdi yang diambil dari Afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainnya??
2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??
3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.
4. Ramai orang Benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
5. Ramai orang Indonesia yang bekerja di Malaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.
7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.
9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5? 11? atau lebih tinggi lagi.
Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??
Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.
Ilmu tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.
Saya memang begitu memahami tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat memahami hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya terhadap saya amat halus.
Sebaik menerima ilmu ini saya mula berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik dan kesemuanya pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5? 4?. Namun Allah jadikan saya dengan ketinggian lebih dari 5? 11?. Kejadian Allah ada sunnatullahnya. Setelah mengkaji sejarah hidup saya sewaktu kecil hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.
Saya sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang saya makan dengan mentega buttercup. 
Pada peringkat inilah saya perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas. Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5? 11? sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan dari produk gandum selain nasi.
Selepas mengkaji sejarah hidup saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai bila ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji orang Benggali. Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab harganya murah dibandingkan dengan tepung ata.
Bila kita kaji orang Afghanistan pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentingnya ialah ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini, ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.
Bila kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum. Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang Amerika.
Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru Jepun dan Cina yang tinggi.
Orang Cina di Tanah besar Cina serta orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia . Sekiranya kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian orang Amerika.
Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum akan insya-Allah tinggi.
Namun satu perkara penting perlu diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun. Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan ketinggian.
alicyber: – kurang setuju penggunaan perkataan PENDEK, sepatutnya diganti dgn perkataan RENDAH.
- kalau info ni benar, ingat ayat2 terakhir tu. Jika umur anda dah terlajak, walau berguni2 gandum yg anda telan, atau berkilo2 roti anda makan, anda tak akan bertambah tinggi lagi, cuma mungkin perut anda yg akan bertambah besar…
- boleh dipraktikkan kpd anak2 atau adik2 kita. 10-20 tahun lagi, sila bagitau saya adakah ia berkesan.
- info yg boleh dipraktikkan juga dlm bidang sukan yg pentingkan saiz badan (macam bolasepak). Mungkin 10-20 tahun lagi, barulah skuad bola kita boleh pergi World Cup.
Penulisan asal emjayjb.multiply.com Maklumat lanjut: Grow Taller Secrets
 alkurawi.blogspot.com

Sunday 6 October 2013

AJARAN SESAT BARU YANG SEDANG MEREBAK DI MALAYSIA (GAMBAR)


kalau benarlah gambar ini tanpa photoshop dan tanpa unsur2 fitnah dan memburuk-burukkan Islam, ia amat mendukacitakan. tetapi jika benar, amat malang sekali. renung-renugkan lah. wallahhua'lam

Saturday 5 October 2013

Hari Raya Korban


Assalamualaikum w.b.t

Tarikh penting utk muslimin muslimat :

Hari ini Ahad 6 Okt 2013 = 1 Zulhijjah 1434H.tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Fitri.

 Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 Zulhijjah. Jom kita puasa ramai2.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Takbir raya Aidil Adha selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk Maghrib 14 Zulhijjah tamat)

Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha dan bawa semua anak , isteri termasuk yg uzur/haid.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,

فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

Dahsyatnya Sakaratul Maut



 
Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul khotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul khotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul Khotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil khotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il khotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk)


Wednesday 2 October 2013

Inilah 15 Ciri Ciri Agama Syiah Yang Perlu Diketahui

  

Pasti korang pernah lihat satu rakaman video sekumpulan syiah yang bersembahyang dengan cara sangat pelik sekali dirakamkan di 'MALAYSIA'. Kalau korang ingat penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak!


Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
 
 
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
 
2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.
 
3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
 
4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
 
5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.
 
6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
 
7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
 
8 ) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.
 
9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
 
10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.
 
11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
 
12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
 
13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
 
14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
 
15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
 
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya
 
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahli ssunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

SUMBER : Detik Islam

20 Cara Menguatkan Iman

 
 
 
1. Perbanyaklah menyemak ayat-ayat Al-Quran

Al-Qur'an diturunkan Allah sebagai cahaya dan petunjuk, juga sebagai ubat bagi hati manusia. "Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an sesuatu yang menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Al-Isra ': 82).

Kata Ibnu Qayyim, yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslim untuk menyembuhkan hatinya melalui Al-Quran, "Caranya ada dua macam: pertama, engkau harus mengalihkan hatimu dari dunia, lalu engkau harus menempatkannya di akhirat. Kedua, sesudah itu engkau harus menghadapkan semua hatimu kepada pengertian-pengertian Al-Qur'an, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan. Engkau harus mengamati semua ayat-ayat-Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengobati hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh. "

2. Rasakan keagungan Allah seperti yang digambarkan Al-Quran dan Sunnah

Al-Quran dan Sunnah banyak sekali mengungkap keagungan Allah swt. Seorang muslim yang ketika dihadapkan dengan keagungan Allah, hatinya akan bergetar dan jiwanya akan tunduk. Kekhusukan akan hadir mengisi relung-relung hatinya.

Resapi betapa agungnya Allah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, yang memiliki nama-nama yang baik (asma'ul husna). Dialah Al-'Azhim, Al-Muhaimin, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir, Al-Qawiyyu, Al-Qahhar, Al-Kabiir, Al-Muth'ali. Dia yang menciptakan segala sesuatu dan hanya kepada-Nya lah kita kembali.

Jangan sampai kita termasuk orang yang disebut ayat ini, "Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi dan seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya." (Az-Zumar: 67
 
3. Carilah ilmu syar'i

Sebab, Al-Qur'an berkata, "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah orang-orang yang berilmu." (Fathir: 28). Karenanya, dalamilah ilmu-ilmu yang mengantarkan kita pada rasa takut kepada Allah.

Allah berfirman, "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar: 9). Orang yang tahu tentang hakikat penciptaan manusia, tahu tentang syariat yang diturunkan oleh Allah sebagai tata cara hidup manusia, dan tahu ke mana tujuan akhir hidup manusia, tentu akan lebih khusyuk hatinya dalam ibadah dan kuat imannya dalam aneka gelombang ujian ketimbang orang yang jahil.

Orang yang tahu tentang apa yang halal dan haram, tentu lebih bisa menjaga diri daripada orang yang tidak tahu. Orang yang tahu bagaiman dahsyatnya siksa neraka, tentu akan lebih khusyuk. Orang yang tidak tahu bagaimana nikmatnya syurga, tentu tidak akan pernah punya rasa rindu untuk meraihnya.



4. Mengikutlah halaqah zikir

Suatu hari Abu Bakar melawat Hanzhalah. "Bagaimana keadaanmu, wahai Hanzhalah?" Hanzhalah menjawab, "Hanzhalah telah berbuat munafik." Abu Bakar bertanya apa sebabnya. Kata Hanzhalah, "Jika kami berada di sisi Rasulullah saw., Beliau mengingatkan kami tentang neraka dan syurga yang seakan-akan kami bisa melihat dengan mata kepala sendiri. Lalu setelah kami pergi dari sisi Rasulullah saw. kami pun disibukkan oleh urusan isteri, anak-anak, dankehidupan, lalu kami pun banyak lupa. "

Lantas kedua-duanya mengadukan hal itu kepada Rasulullah saw. Kata Rasulullah, "Demi jiwaku yang ada di dalam genggaman-Nya, andaikata kamu sekalian tetap seperti keadaanmu di sisiku dan di dalam zikir, tentu para malaikat akan menyalami kamu di atas kasurmu dan tatkala kamu dalam perjalanan. Tetapi, wahai Hanzhalah, sa'atah, sa'atan, sa'atan. "(Shahih Muslim no. 2750)

Begitulah majlis zikir. Bisa menambah berat iman kita. Makanya para sahabat sangat bersemangat mengadakan pertemuan halaqah dzikir. "Duduklah besama kami untuk mengimani hari kiamat," begitu ajak Muadz bin Jabal. Di halaqah itu, kita boleh melaksanakan hal-hal yang diwajibkan Allah kepada kita, membaca Al-Quran, membaca hadis, atau mengkaji ilmu pengetahuan lainnya.



5. Perbanyaklah amal soleh

Suatu ketika Rasulullah saw. bertanya, "Siapa di antara kamu yang berpuasa pada hari ini?" Abu Bakar menjawab, "Saya." Lalu Rasulullah saw. bertanya lagi, "Siapa di antara kamu yang hari ini menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Saya." Lalu Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah amal-amal itu menyatu dalam diri seseorang malainkan dia akan masuk syurga." (Muslim)

Begitulah seorang mukmin yang Shaddiq (sejati), begitu bersemangat menggunakan setiap kesempatan untuk memperbanyak amal soleh. Mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan syurga. "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Rabb-mu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi." (Al-Hadid: 21)

Begitulah mereka. Sehingga keadaan mereka seperti yang digambarkan Allah swt., "Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan pada akhir-akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah). Dan, pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. "(Adz-Dzariyat: 17-19)

Banyak beramal soleh, akan menguatkan iman kita. Jika kita berterusan dengan amal-amal soleh, Allah akan mencintai kita. Dalam sebuah hadis qudsy, Rasulullah saw. menerangkan bahawa Allah berfirman, "Hamba-Ku sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan mengerjakan nafilah sehingga Aku mencintainya." (Shahih Bukhari no. 6137)



6. Lakukan berbagai macam ibadah

Ibadah mempunyai banyak ragamnya. Ada ibadah fizikal seperti puasa, ibadah bahan seperti zakat, ibadah lisan seperti doa dan zikir. Ada juga ibadah yang yang menggabungkan semuanya seperti haji. Semua ragam ibadah itu sangat bermanfaat untuk menyembuhkan lemah iman kita.

Puasa membuat kita khusyu 'dan mempertebal rasa muraqabatullah (merasa diawasi Allah). Solat rawatib dapat menyempurnakan amal-amal wajib kita kurang sempurna kualitinya. Berinfak mengikis sifat bakhil dan penyakit hubbud-dunya. Tahajjud menambah kekuatan.

Banyak melakukan berbagai macam ibadah bukan hanya membuat baju iman kita makin baru dan cemerlang, tapi juga menyediakan bagi kita begitu banyak pintu untuk masuk syurga. Rasulullah saw. bersabda, "Sesiapa yang menafkahi dua istri di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga: 'Wahai hamba Allah, ini adalah baik.' Lalu sesiapa yang menjadi orang yang banyak mendirikan solat, maka dia dipanggil dari pintu solat. Barangsiapa menjadi orang yang banyak berjihad, maka dia dipanggil dari pintu jihad. Barangsiapa menjadi orang yang banyak melakukan puasa, maka dia dipanggil dari pintu ar-rayyan. Barangsiapa menjadi orang yang banyak mengeluarkan sedekah, maka dia dipanggil dari pintu sedekah. "(Bukhari no. 1798)



7. Hadirkan perasaan takut mati dalam keadaan su'ul khatimah

Rasa takut su'ul khatimah akan mendorong kita untuk taat dan senantiasa menjaga iman kita. Penyebab su'ul khatimah adalah lemahnya iman menenggelamkan diri kita ke dalam jurang kedurhakaan. Sehingga, ketika nyawa kita dicabut oleh malaikat Izrail, lidah kita tidak mampu mengucapkan kalimat laa ilaha illallah di hembusan nafas terakhir.



8. Banyak-banyaklah ingat mati

Rasulullah saw. bersabda, "Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah sekarang ziarahilah kubur kerana hal itu boleh melunakan hati, membuat mata menangism mengingatkan hari akhirat, dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor." (Shahihul Jami 'no. 4584)

Rasulullah saw. juga bersabda, "Banyak-banyaklah mengingati penebas kelazatan-kelazatan, iaitu kematian." (Tirmidzi no. 230)

Mengingat-ingat mati boleh mendorong kita untuk mengelakkan diri dari berbuat durhaka kepada Allah dan dapat melunakkan hati kita yang keras. Kerana itu Rasulullah menganjurkan kepada kita, "Kunjungilah orang sakit dan iringilah jenazah, niscaya akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat." (Shahihul Jami 'no. 4109)

Melihat orang sakit yang sedang sakaratul maut sangat memberi bekas. Saat berziarah kubur, bayangkan kondisi keadaan orang yang sudah mati. Tubuhnya rosak membusuk. Ulat memakan daging, isi perut, lidah, dan wajah. Tulang-tulang hancur.

Bayangan seperti itu jika membekas di dalam hati, akan membuat kita menyegerakan taubat, membuat hati kita puas dengan apa yang kita miliki, dan tambah rajin beribadah.



9. Mengingat-ingat dahsyatnya keadaan di hari akhirat

Ada beberapa surat yang menceritakan kedahsyatan hari kiamat. Misalnya, surah Qaf, Al-Waqi'ah, Al-Qiyamah, Al-Mursalat, An-Naba, Al-Muththaffifin, dan At-Takwir. Begitu juga hadis-hadis Rasulullah saw.

Dengan membacanya, mata hati kita akan terbuka. Seakan-akan kita menyaksikan semua itu dan hadir di pemandangan yang dahsyat itu. Semua pengetahuan kita tentang kejadian hari kiamat, hari kebangkitan, berkumpul di mahsyar, tentang syafa'at Rasulullah saw., Hisab, pahala, qisas, timbangan, jembatan, tempat tinggal yang kekal di syurga atau neraka; semua itu menambah tebal iman kita.



10. Berinteraksi dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan fenomena alam

Aisyah pernah berkata, "Wahai Rasulullah, aku melihat orang-orang jika mereka melihat awan, maka mereka gembira kerana berharap turun hujan. Namun aku melihat engkau jika engkau melihat awan, aku tahu ketidaksukaan di wajahmu. "Rasulullah saw. menjawab, "Wahai Aisyah, aku tidak merasa aman jika di situ ada azab. Sebab ada suatu kaum yang pernah diazab kerana angin, dan ada suatu kaum yang melihat azab sambil berkata, 'Ini adalah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami'. "(Muslim no. 899)

Begitulah Rasulullah saw. berinteraksi dengan fenomena alam. Bahkan, jika melihat gerhana, terlihat raut takut di wajah beliau. Kata Abu Musa, "Matahari pernah gerhana, lalu Rasulullah saw. berdiri dalam keadaan ketakutan. Beliau takut kerana gerhana itu merupakan tanda kiamat. "



11. Berdzikirlah yang banyak

Melalaikan dzikirulah adalah kematian hati. Tubuh kita adalah kubur sebelum kita terbujur di kubur. Ruh kita terpenjara. Tidak boleh kembali. Kerana itu, orang yang ingin mengubati imannya yang lemah, harus memperbanyak dzikirullah. "Dan ingatlah Rabb-mu jika kamu lupa." (Al-Kahfi: 24) "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lha hati menjadi tenteram." (Ar-Rad: 28)

Ibnu Qayim berkata, "Di dalam hati terdapat kekerasan yang tidak boleh mencair kecuali dengan dzikrullah. Maka seseorang harus mengobati kekerasan hatinya dengan dzikrullah. "



12. Perbanyaklah munajat kepada Allah dan pasrah kepada-Nya

Seseorang selagi banyak pasrah dan tunduk, niscaya akan lebih dekat dengan Allah. Sabda Rasulullah saw., "Saat seseorang paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa." (Muslim no. 428)

Seseorang selagi mau bermunajat kepada Allah dengan ucapan yang mencerminkan ketundukan dan kepasrahan, tentu imannya semakin kuat di hatinya. Semakin menampakkan kehinaan dan kerendahan diri kepada Allah, semakin kuat iman kita. Semakin banyak berharap dan meminta kepada Allah, semakin kuat iman kita kepada Allah swt.



13. Tinggalkan angan-angan yang muluk-muluk

Ini penting untuk meningkatkan iman. Sebab, hakikat dunia hanya sesaat saja. Banyak berangan-angan hanyalah memenjara diri dan memupuk perasaan hubbud-dunya. Padahal, hidup di dunia hanyalah sesaat saja.

Allah swt. berfirman, "Maka bagaimana pendapatmu jika Kami berikan kepada mereka kenikmatan hidup bertahun-tahun, kemudian datang kepada mereka azab yang telah dijanjikan kepada mereka, nescaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya." (Asy-Syu'ara: 205-207 )

"Seakan-akan mereka tidak pernah diam (di dunia) hanya sesaat saja pada siang hari." (Yunus: 45)



14. Memikirkan kehinaan dunia

Hati seseorang bergantung kepada kandungan kepalanya. Apa yang difikirkannya, itulah orientasi hidupnya. Jika di benaknya dunia adalah segala-galanya, maka hidupnya akan diarahkan untuk memperolehnya. Cinta dunia sebangun dengan takut mati. Dan kata Allah swt., "Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran)

Kerana itu fikirkanlah bawa dunia itu hina. Kata Rasulullah saw., "Sesungguhnya makanan anak keturunan Adam itu boleh dijadikan perumpamaan bagi dunia. Maka lihatlah apa yang keluar dari diri anak keturunan Adam, dan sesungguhnya rempah-rempah serta lemaknya sudah bisa diketahui akan menjadi apakah ia. "(Thabrani)

Dengan memikirkan bahawa dunia hanya seperti itu, fikiran kita akan mencari orientasi ke hal yang lebih tinggi: surga dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya.



15. Mengagungkan hal-hal yang terhormat di sisi Allah

"Sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu dari ketakwaan hati." (Al-Hajj: 32)

"Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah, maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhan-nya." (Al-Hajj: 30)

Hurumatullah adalah hak-hak Allah yang ada di diri manusia, tempat, atau waktu tertentu. Yang termasuk hurumatullah, misalnya, lelaki pilihan Muhammad bin Abdullah, Rasulullah saw.; Tempat-tempat suci (Masjid Haram, Masjid Nabawi, Al-Aqha), dan masa-masa yang tertentu seperti bulan-bulan haram.

Yang juga termasuk hurumatullah adalah tidak menyepelekan dosa-dosa kecil. Sebab, banyak manusia binasa karena mereka menganggap ringan dosa-dosa kecil. Kata Rasulullah saw., "Jauhilah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil itu boleh berhimpun pada diri seseornag hingga ia boleh membinasakan dirinya."



16. Menguatkan sikap al-wala 'wal-bara'

Al-wala 'adalah saling tolong menolong dan pemberian loyalitas kepada sesama muslim. Sedangkan wal-bara adalah berlepas diri dan rasa memusuhi kekafiran. Jika terbalik, kita benci kepada muslim dan amat bergantung pada musuh-musuh Allah, tentu keadaan ini petanda iman kita sangat lemah.

Memurnikan kesetiaan hanya kepada Alah, Rasul, dan orang-orang yang beriman adalah perkara yang boleh menghidupkan iman di dalam hati kita.



17. Bersikap tawadhu

Rasulullah saw. bersabda, "Merendahkan diri termasuk bagian dari iman." (Ibnu Majah no. 4118)

Rasulullah juga berkata, "Barangsiapa menanggalkan pakaian karena merendahkan diri kepada Allah padahal dia mampu mengenakannya, maka Allah akan memanggilnya pada hati kiamat bersama para pemimpin makhluk, sehingga dia diberi kebebasan memilih di antara pakaian-pakaian iman mana yang dikehendaki untuk dikenakannya." (Tirmidzi no. 2481)

Maka tak hairan jika baju yang dikenakan Abdurrahman bin Auf-sahabat yang kaya-tidak berbeza dengan yang dikenakan para budak yang dimilikinya.



18. Perbanyak amalan hati

Hati akan hidup jika ada rasa mencintai Allah, takut kepada-Nya, berharap bertemu dengan-Nya, berbaik sangka dan redha dengan semua takdir yang ditetapkan-Nya. Hati juga akan penuh dengan iman jika diisi dengan perasaan syukur dan taubat kepada-Nya. Amalan-amalan hati seperti itu akan menghadirkan rasa khusyuk, zuhud, wara ', dan mawas diri. Inilah halawatul iman (manisnya iman)



19. Sering menghisab diri

Allah berfirman, "Wahai orang-ornag yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)." (Al-Hasyr: 18)

Umar bin Khattab r.a. berwasiat, "Hisablah dirimu sekalian sebelum kamu dihisab." Selagi waktu kita masih longgar, hitung-hitunglah bekal kita untuk hari akhirat. Apakah sudah cukup untuk mendapat keampunan dan syurga dari Allah swt.? Sungguh ini cara yang berkesan untuk memperbaharui iman yang ada di dalam diri kita.



20. Berdoa kepada Allah agar diberi ketetapan iman

Perbanyaklah doa. Sebab, doa adalah kekuatan yang luar biasa yang dimiliki seorang hamba. Rasulullah saw. berwasiat, "Iman itu dijadikan di dalam diri salah seorang di antara kamu bagaikan pakaian yang dijadikan, maka memohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman di dalam hati."

Ya Allah, perbaharuilah iman yang ada di dalam dada kami. Tetapkanlah hati kami dalam taat kepadamu. Tidak ada daya dan upaya kami kecuali dengan pertolonganMu. 
detikislam