Translate

Saturday 5 October 2013

Hari Raya Korban


Assalamualaikum w.b.t

Tarikh penting utk muslimin muslimat :

Hari ini Ahad 6 Okt 2013 = 1 Zulhijjah 1434H.tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Fitri.

 Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 Zulhijjah. Jom kita puasa ramai2.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Takbir raya Aidil Adha selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk Maghrib 14 Zulhijjah tamat)

Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha dan bawa semua anak , isteri termasuk yg uzur/haid.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,

فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

No comments:

Post a Comment