Translate

Wednesday 25 September 2013

Umrahku - bahagian2

Dugaan Menjelang Tarikh Berangkat

aku semakin bersemangat dan dah mula buat persediaan dari segi ilmu dan dari segi fizikal. cuma aku masih  belum lagi memaklumkan kepada kedua oran tua aku, bukan apa cuma nak bagi confirm tarikh dan dah confirm dapat visa. tunggu punya tunggu, syarikat lambat nak maklum tarikh  so aku pun ajak mak abah dan keluarga pergi makan di Restoran Mekah di Alor Star. aku maklumkan khabar gembira kepada dia orang.

mak aku terkejut juga, tak sangka aku nak pergi umrah dan dia doakan aku dapat sampai ke sana. tup-tup tak lama sebelum sampai tarikh yang telah dijanjikan iaitu 4 Julai 2013, pihak wakil syarikat memaklumkan bahawa kena tukar tarikh dari 4 Julai ke 1 Julai dan akan naik dari KLIA ke Jeddah walhal perancangan asal sepatutnya naik di Penang ke Madinah. Malah dengan pertukaran di saat-saat akhir ini telah menyebabkan perancangan asal telah bertukar. Apabila terus ke Jeddah bermakna rombongan yang aku ikuti perlu memakai pakaian ihram di KLIA dan niat ilram di dalam kapal terbang.

yang paling berat sekali dengan perubahan ini telah menyebabkan niat dan hasrat aku untuk berpuasa di Mekah akan terkubur kerana kami akan ke Mekah dahulu dan akan ke Madinah sebelum puasa. Jadi aku akan berpuasa di Madinah sahaja. Lemah seluruh anggotaku. Kecewa, sedih dan patah hati. hasrat hati nak berpuasa di Mekah dan bertarawikh di Masjidil Haram nampaknya tidak kesampaian. hati kecilku telah tawar hati dan bercadang untuk membatalkan perjalanan umrahku  ini tapi Allah masih bagi peluang pada aku untuk bermuhasabah.....astagfirullahhalazim!astagfirullahhalazim!astagfirullahhalazim!

sambung nanti bagaimana hati ini terubat.......................

No comments:

Post a Comment