Translate

Monday 23 September 2013

Umrahku - bahagian 1

assalammualaikum,

terlalu lama aku tak menulis di dalam blog aku akibat daripada kesibukan. bukan sibuk apa pun, banyak hal duniawi. tapi hari ini aku terpanggil untuk menulis kembali sebab terlalu seronok nak syer dengan anda semua tentang aku yang telah dijemput oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke 2 tanah suci iaitu Makkatul Mukarramah dan juga Madinatul Munauwarah. di musim haji ini terasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman ke tanah suci pada awal Ramadhan yang lalu. hati ini terlalu amatnya rindu dan rasa seperti sekarang juga hendak terbang ke tanah suci.

aku sebenarnya dah lama rancang nak mengerjakan umrah tapi dok cari masa yang sesuai dan yang paling penting, aku nak pergi umrah bulan puasa sebab aku nak rasa dia punya feel puasa dan tarawikh kat sana.akhirnya pada Jun yang lalu aku dapat satu pakej dari Tiram Travel & Tours dengan harga yang berpatutan, tarikh yang sesuai dan juga tentatif perjalanan dan tempoh yang ngam dengan aku. apa lagi...terus aku ke pejabat syarikat berkenaan dengan sahabat aku....tak cakap banyak bayar deposit. so aku tempah perjalanan 4 Julai 2013 melalui KLIA ke Madinah. seronok bukan kepalang. balik aku dah mula fikir untuk hadir kursus, cari bahan bacaan berkaitan umrah sementara menunggu tarikh berangkat mengerjakan umrah.
selanjutnya akan aku sambung di masa yang lain, insyaAllah.



No comments:

Post a Comment