Assalamualaikum w.b.t
Tarikh penting utk muslimin muslimat :
Hari ini Ahad 6 Okt 2013 = 1 Zulhijjah 1434H.tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Fitri.
Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan
agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah
hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan
salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun
dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)
Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 Zulhijjah. Jom kita puasa
ramai2.
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji.
Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi
Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai
puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang
lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Takbir raya Aidil Adha selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah
(14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk Maghrib 14 Zulhijjah tamat)
Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha dan bawa semua anak , isteri termasuk yg uzur/haid.
Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai
Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana
itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad
& Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)
Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk
turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat
Hari Raya tersebut.
Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:
أُمِرْنَا
أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ:
أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,
فَأَمَّا
الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.
Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang
sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun
berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan
(Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan
dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.
No comments:
Post a Comment