Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki
dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yang dikaji) , dan antara perbezaan
yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS.
Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni
adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang
telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan
perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah
untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja
Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana
itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada
sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa
pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle
yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita
semuanya
Kerana saiznya mastoid process ini kecil
berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan
membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang,
ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu
kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri,
untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya,
tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih
manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..
ALHAMDULILLAH, ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG
TERBAIK BUAT HAMBANYA..
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment