My Worldz
Dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi
Translate
Tuesday, 29 October 2013
Cuti Umum dan Takwin Persekolahan 2014
Berikut adalah senarai cuti umum atau hari kelepasan am 2014.
Senarai cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2014. Ini
agar memudahkan apa-apa aktiviti atau perancangan cuti yang ingin
dibuat.
Di bawah pula adalah takwim persekolahan dan cuti penggal sekolah 2014
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Kumpulan A
iaitu sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Jumlah
Hari Persekolahan termasuk cuti Am adalah 209 hari dan jumlah hari cuti
penggal 81 hari.
Seterusnya takwim persekolahan dan cuti penggal sekolah bagi tahun 2014
bagi Kumpulan B yang terdiri sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau
Pinang, Perak,Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak,Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Semoga boleh menjadi rujukan untuk semua.
Imej :Onestopmalaysia.com |
KPM |
KPM |
Rahsia Surah Al- Insyirah
1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
2. Barangsiapa
membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu,
nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala
keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
3. Sesiapa yang membaca
Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta
dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan
segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan
ibadat.
4. Barangsiapa membaca
Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan
menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala
urusan.
5. Siapa-siapa membaca
Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu,
nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan
rezekinya dengan beberapa banyak.
6. Siapa-siapa sentiasa
banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan
luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya
sifat malas.
7. Siapa-siapa membaca
Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang,
nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan
rezekinya.
8. Siapa-siapa membaca
Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang
fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t.
kepadanya kekayaan.
:: Siapa-siapa susah
pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di
bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:
1. Sembahyang sunat dua rakaat.
2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)
3. Lepas sembahyang,
duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan
Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.
4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.
:: Siapa-siapa membaca
Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika
matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t.
kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
:: Siapa-siapa berhajat
sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau
1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya,
nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.
:: Siapa-siapa menulis
Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar
kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada
terkejut.
*Sumber dari ctss-siti.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)