Translate

Tuesday 6 December 2011

Hari Asyura

assalammualaikum,

hadooi!!! berapa hari dh tak mai keja. bannyak betoi masalah. gestrik lah, pengasuh anak mintak cuti, isteri kalut belajar dan macam2 lagi. anyway, masih boleh sabar.

alhamdulillah semalam dapat juga berpuasa Asyura pada 10 Muharam. banyak fadhilatnya; berikut adalah amalan2 yg besar pahalanya jika dilakukan pada hari Asyura.


Amalan Pada Hari Asyura
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
.
Amalan yang dituntut dan diberi ganjaran besar oleh Allah SWT pada 10 Muharam (Hari Asyura) ialah:
 .
a)  Berpuasa – Allah SWT menghapuskan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberi pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka.
.
b)  Mandi sunat Asyura – Tidak mengalami sakit berat pada tahun itu, sekiranya mandi awal hari dengan berniat:
c)  Memakai celak – Tidak sakit mata pada tahun berkenaan.
d)  Memelihara kehormatan diri – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
e)  Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya.
f)  Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat nanti.
g) Menjamu orang berbuka puasa. – Diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga mengenyangkan perut mereka.
h)  Solat Sunat Hari Asyura empat raka’at – Allah akan mengampunkan dosa yang dilakukannya dalam jangka masa 50 tahun.
i)  Membaca ‘Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa nikmal nashiir’ .Tidak dimatikan pada tahun ini.
j)  Membaca ‘Doa Asyura’ – Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi  bila ajalnya sampai pada tahun itu, tidaklah ia diberi taufiq  membacanya.
k)  Bersedekah – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
l) Melapangkan masa dan berbelanja  untuk anak dan isteri. – Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.
m)  Mengusap kepala anak yatim – Allah menaikkan satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang disapunya.
n)  Memuliakan fakir miskin – Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.
o)  Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya.
.
.
Hari ke-sepuluh dalam bulan ini dipadati dengan nilai yang sarat dengan sejarah yang lebih dikenali dengan ‘Hari Asyura’ atau hari kesepuluh Muharram. Hari Asyura juga adalah simbol pengabadian atas kemenangan Nabi Musa as, dan hancurnya bala Firaun yang berlaku pada ‘Hari Asyura’ juga. Oleh kerana itu sesiapa yang berpuasa pada ‘Hari Asyura’ umpama berpuasa selama satu tahun penuh, kerana puasa pada ‘Hari Asyura’ seperti puasanya para Nabi.
Hari ini juga adalah hari kasih sayang, dianjurkan oleh semua muslim untuk melaksanakan kebaikan, menambah bekalan pahala dengan bersilaturrahim, beribadah, dan banyak sedekah terutamanya bersedekah kepada anak yatim-piatu. Pada ‘Hari Asyura’ itulah diperlihatkan kesepakatan pengikut Nabi Nuh as. yang turun dari kapal selepas belayar kerana banjir besar dengan bersama-sama menyumbang dan bergotong-royong untuk memasak baki-baki bekalan makanan menjadi bubur.
.
Pendek kata hari ‘syura’ adalah hari istimewa. Banyak keistimewaan yang diberikan oleh Allah SWT di antaranya adalah gandaan pahala bagi yang melaksanakan ibadah pada hari ini. Oleh itu marilah kita mempraktikkan segala amalan di atas.

sampai-sampaikan kerana  WHAT YOU GIVE YOU GET BACK - SIMPLE PLAN

No comments:

Post a Comment