Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW
yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang
menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya
walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis
diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar
ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah
dengan solat sunat ini. Tambahan pula
antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak
hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat
ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah
SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ;
supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku
tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa
tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah
bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi
lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap
tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu
sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua
rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari
dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:
Sumber: 1. http://www.mohamadazhan.com
No comments:
Post a Comment